Education Department (JIP)
Monday, February 13, 2012
Wednesday, February 8, 2012
1.2 JABATAN ILMU PENDIDIKAN
1.2.1 Latar belakang
Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ilmu Pendidikan dan pengajian profesional dalam kalangan pelajar guru latihan perguruan praperkhidmatan dan guru-guru dalam perkhidmatan di institut ini. Pelajar Guru yang terlibat adalah terdiri daripada Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP). Begitu juga jabatan ini turut mengajar pelajar guru dalam Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) dan Program Kursus Dalam Cuti (KDC). Malah Jabatan ini juga turut mengendalikan pengajaran dan pembelajaran Kursus Pengajian Profesional untuk Program Berkembar B.Ed TESL kohort1 & 2 iaitu Program Berkembar antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Macquarie University, Australia. Jabatan juga dipertanggungjawabkan untuk mengurus Prasekolah Mesra Idaman untuk kanak-kanak peringkat prasekolah daripada umur 4 hingga 6 tahun. Kesimpulannya Jabatan Ilmu Pendidikan menyampaikan kursus ilmu pendidikan dan pengajian profesional dalam program seperti berikut:
· Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
· Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP)
· Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI)
· Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI-PPC)
· B.Ed. TESL (Macquarie-IPG)
· Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP)
· Kursus Dalam Cuti (KDC)
· Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)
· Program Pensiswazahan Guru (PPG)
· Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
1.2.2 Objektif
1.2.2.1 Melaksanakan kurikulum Ilmu Pendidikan dengan:
· menyampaikan pengajaran berasaskan Sukatan / Proforma Mata Pelajaran Ilmu Pendidikan dan Pengajian Profesional.
· mematuhi kehendak Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) semasa menyediakan soalan peperiksaan.
· mematuhi kehendak Jadual Penentuan Tugasan (JPT) semasa menilai kerja kursus bagi setiap mata pelajaran yang terlibat.
· menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran bersama pelajar guru di dalam dan di luar bilik kuliah.
· menjalankan aktiviti pelajar guru mengikut keperluan sukatan.
· membimbing pelajar guru mengikuti prinsip-prinsip pencerapan klinikal.
1.2.2.2 Meningkatkan penguasaan kemahiran dalam kalangan pensyarah melalui:
· latihan-latihan dalaman dan luaran.
· mentor sebaya
· penulisan ilmiah yang bermutu.
· penyelidikan dan laporan dapatan kajian.
· perkongsian pintar di antara warga jabatan
· kursus, seminar, persidangan dan bengkel profesionalisme guru.
1.2.2.3 Melaksanakan tugas-tugas pengurusan pendidikan dengan:
· mengutamakan ketepatan masa.
· mengamalkan kerja dengan teliti, kemas dan teratur.
· melaksanakan kerja mengikut piawaian rasmi.
1.2.2.4 Melaksanakan Latihan Pembangunan Staf (LPS) untuk pensyarah dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) untuk guru-guru sekolah dengan:
1.2.2.4.1 meningkatkan profesionalisme perguruan.
1.2.2.4.2 mengamalkan perkongsian ilmu.
1.2.3 Piagam Pelanggan
1.2.3.1 Kami warga Jabatan Ilmu Pendidikan dengan penuh kesedaran, tekad dan
iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:
· memastikan pelajar guru yang mengambil setiap kursus ilmu pendidikan dan pengajian profesional memperolehi kelulusan sekurang-kurangnya 95%
· memastikan pelajar guru yang mengulangi peperiksaan bagi setiap kursus ilmu pendidikan dan pengajian profesional akan diberikan bimbingan oleh pensyarah sekurang-kurangnya 4 jam.
· memastikan pengajaran & pembelajaran dilaksanakan pada hari pertama setiap semester.
· Memastikan semua aduan pelajar guru mengenai kursus yang ditawarkan di jabatan ilmu pendidikan akan diteliti dan dijawab dalam masa seminggu.
· memastikan penilaian pelajar guru terhadap pensyarah yang mengajarnya memperoleh sekurang-kurangnya 4.0
· memastikan penilaian pelajar guru terhadap kerja kursus setiap kursus yang ditawarkan memperoleh sekurang-kurangnya 4.0
1.2.4 Perancangan Aktiviti Tahun 2012
| | |||||
| Tarikh | Program/Aktiviti yang dijalankan | Peruntukan Ada/Tiada (Ruj.) | Kos/Bil. Peserta & Kumpulan Sasar | Tempat | Ulasan |
| 04.1.2012 (Rabu) | Pendaftaran murid prasekolah & Lantikan Jawatankuasa Pemuafakatan Prasekolah tahun 2012 | Ada | RM500.00 25 murid baru, ibu bapa, KJ, ketua bidang, pembantu penyelaras, guru dan PPM | Prasekolah IPG KPP | |
| 02.02.2012 (Khamis) | Sambutan Hari Lahir Januari, Februari dan Mac/ Tahun Baru Cina | Tiada | 25 murid prasekolah, pembantu penyelaras, guru dan PPM | Prasekolah IPG KPP | |
| 09.02.2012 (Khamis) | Ceramah Kesihatan dan Kebersihan Diri | Tiada | 25 murid, pembantu penyelaras, guru dan PPM | Prasekolah IPG KPP | |
| 08.03.2012 (Khamis) | Kempen Kebersihan Gigi | Tiada | 25 murid prasekolah, pembantu penyelaras, guru dan PPM | Prasekolah IPG KPP | |
| 22.03.2012 (Khamis) | Lawatan Ke Muzium Padi & Pusat Sains, Kedah | Ada | RM 400.00 25 murid prasekolah, ketua bidang, pembantu penyelaras, guru dan PPM | Muzium Padi & Pusat Sains, Kedah | Pengangkutan bas IPG KPP |
| 21.04.2012 (Sabtu) | Sukaneka Tahunan Prasekolah | Ada | RM 1000.00 25 murid prasekolah, Ibu bapa, KJ, Ketua bidang, pensyarah, pembantu penyelaras, guru, PPM dan tetamu khas | Padang Serbaguna IPG KPP | Sijil penyertaan dan sijil penghargaan |
| 12.05.2012 (Sabtu) | Hari Prestasi Semester Pertama & Gotong-royong | Ada | RM 500.00 25 murid prasekolah, Ibu bapa, Pembantu penyelaras, guru dan PPM | Prasekolah I IPG KPP | |
| 16.06.2012 (Sabtu) | Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Prasekolah kali ke 2 / Bengkel B-Card | Ada | RM 500.00 25 murid prasekolah, KJ, Ketua bidang, pembantu penyelaras, guru, PPM dan ibu bapa | Prasekolah IPG KPP | |
| 30.06.2012 (Sabtu) | Taman Tema Air Sg Petani / Sambutan Hari Lahir April,Mei,Jun | Ada | RM 1000.00 25 murid prasekolah, Ketua bidang, pembantu penyelaras, guru, PPM dan ibu bapa | Taman Tema Air, Sg Petani | Pengangkutan bas IPG KPP |
| 17.07.2012 (Selasa) | Lawatan Ke Taman Burung, Pulau Pinang | Ada | RM 400.00 25 murid prasekolah, Ketua bidang, Pembantu Penyelaras, guru dan PPM | Taman Burung, Pulau Pinang | Pengangkutan bas IPG KPP |
| 29.08.2012 (Rabu) | Pertandingan Lagu Patriotik | Ada | RM 150.00 25 murid prasekolah, Pembantu Penyelaras, guru dan PPM | Prasekolah IPG KPP | |
| 30.08.2012 (Khamis) | Sambutan Hari Raya / Sambutan Hari Lahir Julai, Ogos, September | Tiada | 25 murid prasekolah, Pembantu Penyelaras, guru dan PPM | Prasekolah IPG KPP | |
| 19.09.2012 (Rabu) | Lawatan ke Kem Tentera | Ada | RM 200.00 25 murid prasekolah, ketua bidang, pembantu penyelaras, guru dan PPM | Kem Tentera Sg. Petani | Pengangkutan bas IPG KPP |
| 29.09.2012 (Sabtu) | Hari Prestasi Semester Kedua. | Ada | RM 500.00 25 Murid prasekolah, ibu bapa, pembantu penyelaras, guru,PPM | Prasekolah IPG KPP | |
| 19.10.2012 (Jumaat) | Majlis Konvokesyen Ke 21 Prasekolah Mesra Idaman 2012 | Ada | RM 1000.00 25 murid prasekolah, Ketua Jabatan,Ketua bidang, pensyarah, pembantu penyelaras, guru, PPM dan tetamu khas | Dewan Agong IPP KPP atau Prasekolah IPG KPP | Sijil penyertaan dan sijil penghargaan |
| 31.10.2012 (Rabu) | Transisi ke Tahun 1 – Lawatan ke SK Bukit Gelugor | Tiada | 25 murid prasekolah, ketua bidang, pembantu penyelaras, guru, PPM | SK Bukit Gelugor | Pengangkutan bas IPG KPP |
| 09.11.2012 (Jumaat) | McDonald Greenlane- Jamuan Akhir Tahun/Salam Perpisahan/Sambutan Hari Lahir Oktober, November dan Disember | Ada | RM 240.00 25 murid prasekolah, ketua bidang, pembantu penyelaras, guru dan PPM | Mcdonald Greenlane | Pengangkutan bas IPG KPP |
| 1.2.5 LATIHAN PEMBANGUNAN STAF (LPS) JABATAN ILMU PENDIDIKAN | |||||
| Tarikh | Program/Aktiviti yang dijalankan | Peruntukan Ada/Tiada (Ruj.) | Kos/Bil. Peserta & Kumpulan Sasar | Tempat | Ulasan |
| 6 .01.2012 (Jumaat) | Bengkel Penyediaan Kerja Kursus Berasas Ilmu (KKBI) Semester 1 | Ada | RM200 Intra Jabatan 29 pensyarah JIP | IPG Kampus Pulau Pinang | Tindakan: RA/NWT |
| 14.02.12 (Selasa) | Tinjauan Profil Kompetensi Kecerdasan Emosi dalam Kalangan Pensyarah. | Ada | RM200 Intra Jabatan 29 Pensyarah | IPG Kampus Pulau Pinang | Tindakan: HKG/Dr HK |
| 20.03.12 (Selasa) | The Impact of Culture in Curriculum | Ada | RM1000 Peringkat IPGKPP 160 Pensyarah | IPG Kampus Pulau Pinang | Tindakan: LHL |
| 10.04.12 (Selasa) | Wacana Keesahan dan Kebolehpercayaan Alat Ukur untuk Penyelidikan | Ada | RM200 Intra Jabatan 29 pensyarah JIP | IPG Kampus Pulau Pinang | Tindakan: Dr KBL |
| 8.05.12 (Selasa) | Transformasi Pendidikan & Prinsip Kerja X-PLUS | Ada | RM200 Intra Jabatan 29 pensyarah JIP | IPG Kampus Pulau Pinang | Tindakan: NWT |
| 22.06.12 (Jumaat) | Bengkel Penyediaan Kerja Kursus Berasas Ilmu (KKBI) Semester 2 | Ada | RM200 Intra Jabatan 29 pensyarah JIP | IPG Kampus Pulau Pinang | Tindakan: RA/NWT |
| 10.07.12 (Selasa) | Tinjauan Model-Model Gaya Pembelajaran | Ada | RM200 Intra Jabatan 29 pensyarah JIP | IPG Kampus Pulau Pinang | Tindakan: HT/Dr BS |
| 4.09.2012 (Selasa) | Bengkel Pergerakan Kreatif Kanak-kanak | Ada | RM200 Intra Jabatan 29 pensyarah JIP | IPG Kampus Pulau Pinang | Tindakan: LSW/ AS DrTCL/TLH |
| 22-24.10.12 (Isnin-Rabu) | Wacana Perkongsian Ilmu Pembangunan Pensyarah | Ada | RM6000 Intra Jabatan 29 pensyarah JIP | Sungai Karangan, Kulim, Kedah | Tindakan: SHST/Dr Lee Seoh Choon |
1.2.6 BIDANG AKTIVITI PEMBELAJARAN PELAJAR GURU | |||||
| Tarikh | Program/Aktiviti yang dijalankan | Peruntukan Ada/ Tiada (Ruj.) | Kos/Bil. Peserta & Kumpulan Sasar | Tempat | Ulasan |
| 09.01– 30.03.12 | Bengkel Penulisan Akademik Pelajar PISMP | Tiada | Pelajar-pelajar PISMP Ambilan Januari 2009 dan 2012 | IPG Kampus Pulau Pinang | KND/ DrHK/ AS/AI |
| 13-20.1.12 | Program Meninjau Bilik dan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di Sekolah Kebangsaan | Tiada | 5 kumpulan pelajar PISMP Ambilan Januari 2009 | Sekolah-sekolah Kebangsaan di Pulau Pinang | Tindakan : Dr KBL (Penyelaras EDU 3107) |
| 19-20.1.12 | Pembentangan Draf Proposal Penyelidikan Tindakan Pendidikan Pemulihan | Tiada | 2 kumpulan pelajar (38 orang) PISMP Pendidikan Pemulihan Ambilan Januari 2009 | IPG Kampus Pulau Pinang | Tindakan: Dr. Tan Poh Keun (Penyelaras PKP3113) dan penyelia |
| 01.03.12 | Bengkel Terapi / Aktiviti Kreatif untuk Pendidikan Pemulihan/Khas | Ada | RM500.00. Honorarium 2 kumpulan pelajar (44 orang) PISMP Pendidikan Pemulihan Ambilan Januari 2010 | IPG Kampus Pulau Pinang | Tindakan : Dr. LSC (Penyelaras PKP3111) |
| 03.03.12 | Lawatan ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah | Ada | 2 kumpulan PISMP Ambilan Januari 2010 | Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah | Tindakan : SHST (Penyelaras EDU 3106) |
| 27.04. 12 dan 04.05.12 | Lawatan Sambil Belajar ke Sekolah Orang Asli/Keb/NGO untuk Pendidikan Pemulihan/Khas | Ada | 2 kumpulan pelajar (44 orang) PISMP Pendidikan Pemulihan Ambilan Januari 2010 | Sekolah Orang Asli / Sekolah kebangsaan /NGO | Tindakan : Dr. LSC (Penyelaras PKP3111 |
| 3-5.9.12. | Seminar Pembentangan Penyelidikan Tindakan Pendidikan Pemulihan | Tiada | 38 orang pelajar PISMP Ambilan Januari 2009 | IPG Kampus Pulau Pinang | Tindakan: Dr. Tan Poh Keun (Penyelaras PKP3113) dan penyelia |
